Pagi itu, Azman menuju ke pusat internet yang terletak lebih kurang dua kilometer dari rumah mereka. Pusat internet yang disediakan oleh kerajaan  itu adalah bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk melayari teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan lebih mudah lagi.

Ketika berada di pusat internet itu, mereka bertemu dengan guru mereka iaitu Encik Suhaimi Ahmad. Guru mereka itu mengajar mata pelajaran Sains dan pakar dalam bidang ICT. Azman ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bidang ICT dalam dunia pendidikan.

“Boleh Cikgu terangkan dengan jelas tentang perkembangan ICT dalam dunia pendidikan?” soal Azman inginkan kepastian. “Perkembangan dunia ICT telah memberikan banyak kesan positif kepada bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Secara tidak langsung, ia memberi kesan yang terbaik kepada sistem pendidikan yang mampu merangsang minda pelajar untuk mendalami bidang ICT,” beritahu Cikgu Suhaimi.

“Apa peranan seorang guru bagi menjadikan bidang ICT sebagai bidang yang penting untuk pembelajaran seorang murid,” tanya Azman. “Adalah  perlu untuk setiap guru menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian ICT bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu  topik pembelajaran,” jelas Cikgu Suhaimi lagi.

“Adalah ICT  itu penting Cikgu?” soal Azman. “ICT amat penting dalam pembelajaran. Kementerian Pendidikan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam usaha meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran kepada setiap guru bagi diterapkan semula dalam sistem pendidikan untuk kebaikan setiap murid,” kata Cikgu Suhaimi sambil memandang wajah anak didiknya itu.

“Adakah ICT diajar di setiap sekolah?” tanya Azman. “Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah,” terang Cikgu Suhaimi.

Sambil melayari internet, Azman sesekali bertanya kepada Cikgu Suhaimi mengenai kelebihan ICT kepada setiap murid. Bagi Cikgu Suhaimi, pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu  perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Menurut Cikgu Suhaimi lagi, pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka.

“Adalah ICT dapat membantu setiap murid?” tanya Azman. “Selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, ICT digunakan untuk membantu murid-murid dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri sendiri,” balas Cikgu Suhaimi lagi.

“Boleh Cikgu terangkan peranan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?” sambung Azman. “Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diharap mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,” beritahu Cikgu Suhaimi.

Cikgu Suhaimi turut menyatakan bahawa penggunaan internet  juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada setiap guru mengenai kepentingan ICT dalam dunia pendidikan.

“Ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer amat penting dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di negara ini telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer  tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah,” terang Cikgu Suhaimi sambil jarinya mengetuk papan kekunci pada sebuah komputer yang berada di hadapannya itu.

“Boleh Cikgu terangkan mengenai kelebihan ICT dalam bidang pendidikan yang mampu menjadikan murid untuk lebih mendekati bidang ICT,” tanya Azman. “Teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran,” beritahu Cikgu Suhaimi.

Bagi Cikgu Suhaimi, penggunaan  internet  juga dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

“Bagaimana dengan portal pendidikan Cikgu?” soal Azman. “Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan,  mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula, setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali,” jelas Cikgu Suhaimi lagi.

Cikgu Suhaimi turut menerangkan bahawa melalui penggunaan ICT, setiap pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

“Apa lagi peranan ICT Cikgu?” tanya Azman inginkan kepastian. “Penggunaan ICT adalah sebagai alat komunikasi yang merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi.

Sebagai seorang guru yang begitu mahir dalam bidang ICT, sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada.

“Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet  dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan,” terang Cikgu Suhaimi lagi.

“Di samping itu, penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain,” sambung Cikgu Suhaimi.

“Apa kebaikan ICT Cikgu?” soal Azman. “ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini,  murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka,” beritahu Cikgu Suhaimi.

“Boleh Cikgu terangkan dengan jelas mengenai kebaikan lain yang boleh diperolehi dengan mempelajari ICT?” tanya Azman. “ICT memudahkan pelajar untuk meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan,” ujar Cikgu Suhaimi.

Menurut Cikgu Suhaimi, melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi apabila diadunkan dengan teks dan grafik.

“Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi,” kata Cikgu Suhaimi.

“Ini menggambarkan ICT dapat meningkatkan pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran. Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di mana murid dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. Cara ini memberi peluang kepada murid untuk mengubah sesuatu untuk melihat pembaharuan,” sambung Cikgu Suhaimi sambil mencari maklumat di komputer yang disediakan di pusat internet itu.

“Bagaimana ICT dapat membantu murid dalam pelajaran?” soal Azman. “ICT dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan. Teknologi maklumat turut memudahkan tugasan guru dan murid serta dapat membantu murid-murid mempertingkatkan daya ingatan. Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif,” beritahu Cikgu Suhaimi lagi.

Sebagai seorang guru yang mahir dalam bidang teknologi maklumat, penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT, murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi.

Menurut Cikgu Suhaimi, kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Kaedah pembelajaran sebegini amat menarik. Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.

“Adakah ICT menjadi medium terbaik bagi membantu pelajar agar celik mengenai teknologi maklumat?” tanya Azman. “Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian untuk menjadikan bidang ICT sebagai salah satu bidang yang mampu melahirkan satu masyarakat yang celik mengenai teknologi maklumat,” ujar Cikgu Suhaimi sambil memandang wajah anak didiknya itu

Bagi Azman, hari itu dia sudah belajar mengenai selok-belok ICT. Seboleh-bolehnya, dia ingin mendalami dengan lebih mendalam lagi mengenai ilmu ICT dari Cikgu Suhaimi. Dia ingin belajar tentang peranan dan kebaikan yang boleh diperolehi dari penggunaan ICT.

Sebagai seorang pelajar, dia begitu cetek dengan ilmu ICT. Dia berazam untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih dekat lagi. Cikgu Suhaimi boleh mengajarnya tentang dunia ICT yang dilihat mampu memberikan sesuatu yang terbaik dalam usaha mendidik golongan pelajar untuk mendekati dunia ICT

Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. 

ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.