Tiga penerima geran tersebut ialah Artis Seni Visual, K. Shahar ,32; Pegawai Penyelidikan Perubatan Institut Penyelidikan Perubatan, Dr. Sophia Rasheeqa Ismail, 30 dan Pensyarah Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolekul Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zetty Norhana Balia Yusof, 35.

Sultan Nazrin yang juga merupakan Penaung Diraja Anugerah Merdeka bertitah, tiga orang bakat muda itu berpeluang mendapat manfaat daripada kerjasama bersama pakar-pakar terbaik dunia, mengumpul pengalaman berharga bagi bidang mereka dan mencari penyelesaian terbaik untuk kemaslahatan masyarakat sejagat.

“Ini selaras dengan objektif Anugerah Merdeka untuk memupuk budaya kecemerlangan, menggalakkan pemikiran kepemimpinan dan inovasi serta meluaskan pandangan merentasi pandangan global.

“Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor-sektor yang merangkumi sains dan teknologi, kepada seni dan kemanusiaan,” titahnya. - UTUSAN ONLINE