Mastura Mohd. Khalid

Justeru, kata Timbalan Ke­tua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd. Khalid, tidak timbul isu sebenar­nya pemberian diskaun tersebut dibatalkan oleh agensi itu.

Katanya, apabila inisiatif ber­kenaan tidak diumumkan dalam Bajet 2019 jadi pemberian diskaun itu tidak disambung.

“Tidak jadi isu batal atau tidak kerana ia inisiatif daripada Bajet 2018 yang berakhir pada 31 Di­sember lalu. Apabila tidak di­umumkan dalam Bajet 2019, kita berhenti (pemberian diskaun),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, wakil tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada persatuan mahasiswa Malaysia hadir menyerahkan Memorandum Mahasiswa kepada PTPTN dan menuntut supaya badan itu mempertimbangkan mekanisme pemberian diskaun bagi bayaran balik pinjaman se­perti yang dilaksa­nakan kerajaan sebelum ini.

Langkah itu termasuk me­ngem­balikan semula faedah di­skaun seperti 10 peratus bagi pembayaran secara konsis­ten dalam tempoh setahun dan potongan 20 peratus bagi pembayaran ke­seluruhan pinjaman.

Sementara itu, Mas­tura ber­kata, pihaknya akan meneli­ti memorandum tersebut yang meminta pemberian diskaun bayaran balik pinjaman daripada tabung itu diteruskan.

Bagaimanapun katanya, per­kara itu melibatkan dasar kerajaan dan pihaknya perlu mene­liti daripada segenap aspek.

“PTPTN sentiasa mengambil perhatian apa sahaja yang di­timbulkan oleh pelbagai pihak demi manfaat para peminjam,” katanya.