Pengerusi perbadanan itu Wan Saiful Wan Jan berkata, sehingga sekarang tidak sampai 180,000 orang telah membuka akaun untuk menikmati Geran Sepadan itu yang diperuntukkan kepada 500,000 orang.

"Ibu bapa hanya perlu buka akaun dengan membuat simpanan sebanyak RM500 dan kerajaan akan tambah RM500 menjadikan jumlah keseluruhan simpanan mereka RM1,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Shopping Back To School di sini, hari ini.

Dalam program itu, Yayasan Kebajikan Perlis memperuntukkan bantuan persekolahan sebanyak RM195,000 kepada 1,500 orang dengan seorang pelajar diberi RM130.-BERNAMA