A. Chandrakumanan
A. Chandrakumanan 

Presiden Pusat Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan menganggap keputusan itu dibuat atas nasihat yang salah dan pastinya menjejaskan pelajar dan para guru yang terlibat.

Jelasnya, keputusan sebegitu seharusnya perlu mengambil masa yang panjang sebelum dilaksanakan supaya memberi ruang kepada sekolah, pelajar dan guru untuk bersedia berdepan perubahan tersebut.

Katanya, Kementerian Pendidikan harus memahami bahawa perubahan sebegitu bakal memberi tekanan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan, setelah pelajar terbabit berdepan kaedah pembelajaran yang berlainan sepanjang dua tahun lalu.

“Cadangan memperkenalkan semula ujian bertulis ini dengan pemarkahan sehingga 80 peratus merupakan langkah ke belakang dalam melahirkan pelajar yang baik.

“Kita berubah daripada silibus berorientasikan pemikiran seperti negara-negara maju kepada keadah membaca sahaja yang menghalang pelajar daripada mempraktikkan pemikiran kritikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar The Star semalam melaporkan ujian secara bertulis yang akan menyumbang sehingga 80 peratus permarkahan pelajar akan diperkenalkan semula dalam PT3 terutama mata pelajaran Geografi dan Sejarah. - UTUSAN ONLINE