Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Psikologi penting bantu guru mendidik pelajar

Psikologi penting bantu guru mendidik pelajar 2
TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Ir. Dr Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat (kiri) melihat tayangan video ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam Pendidikan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

KUCHING 20 Mac - Faktor psikologi penting dalam membantu guru mendidik pelajar terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd. Meerah berkata, seorang guru perlu melihat cara sesuai untuk memajukan pendidikan yang kolaboratif bagi mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.

Malah, katanya, keadaan di Sarawak dan Sabah misalnya mempunyai situasi atau konteks agak berbeza seperti sekolah kurang murid dan terletak di pedalaman yang kekurangan kemudahan.

"Justeru, bagaimana kita (guru) hendak membuatkan murid atau pelajar ingin belajar, mahu belajar dan terus belajar ialah dengan mengkaji minda mereka.

"Sebab itu, psikologi penting dalam memastikan kemahuan untuk belajar. Kita mahu mengubah pemikiran mereka di pedalaman daripada rasa tidak mampu dan tidak boleh," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi Dalam Pendidikan di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Ir. Dr Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat itu dihadiri oleh 120 guru dari Sarawak dan Sabah yang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan Sains dan Psikologi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, guru-guru itu perlu melihat daripada segi minda bagaimana pelajaran itu berlaku dengan cara otak berfungsi dan ilmu yang kekal dalam kepala.

Sementara itu, Riza Atiq berkata, pelajar pada masa kini sudah berbeza berbanding dahulu kerana generasi terbabit mahir dengan internet dan mudah mendapatkan maklumat.

"Maka guru juga perlu berubah caranya dengan lebih kepada penumpuan pembentukan minda, akhlak, adab dan lain-lain.

"Dulu, guru memberi ilmu dan kini mereka lebih kepada memandu arah pelajar dalam pembelajaran," jelasnya.

Tambahnya, seminar itu diharap dapat menjadi platform dalam meningkatkan kualiti amalan pendidikan dan profesionalisme pendidik ke satu tahap baharu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain