Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, sasaran syarikat milik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini untuk mencapai enrolmen pelajar antarabangsa seramai 170,000 untuk tempoh sama juga berjaya dicapai.

"Piagam pelanggan kami berhubung pemprosesan permohonan sehingga pengeluaran Surat Kelulusan Visa (VAL) adalah 14 hari bekerja.

"Pada 2016, kami mencatatkan purata 19 hari dan tahun lalu pencapaian ketara kepada tujuh hari," katanya dalam taklimat media di pusat sehenti EMGS di Jalan P. Ramlee, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen, Mohd. Fardhi Ahmad. - UTUSAN ONLINE