Pengurus dan Pengarang Tutor A+, Abdul Wahid Hashim berkata, setakat ini permintaan terhadap produk ilmiah bagi peperiksaan umum itu mendapat maklum balas yang baik dari segi keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajar.

Katanya, sempena PBAKL 2019 ini pihaknya menawarkan potongan harga istimewa Tutor A+ sebanyak 40 peratus kepada pengunjung yang melanggan produk berkenaan selama setahun dan dua tahun.

“Ibu bapa yang hadir boleh mengambil peluang melanggan Tutor A+ demi melihat kejayaan anak-anak.

“Pelaksanaan program ini sesuai dengan dunia pendidikan yang mengalami perubahan drastik dan harus dipraktikkan sepenuhnya bagi menguasai ilmu serta membina personaliti cemerlang,” katanya selepas Pelancaran Promosi Tutor A+ sempena PBAKL 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Tintarona Publication Sdn. Bhd., Roslan Abdul Ghani dan Pengurus Kanan Operasinya, Azlan Abdul Aziz.

Tutor A+ merupakan konsep pentaksiran dalam talian yang membantu pelajar menghadapi peperiksaan sebenar sekali gus mengukuhkan pemahaman mereka dengan lebih efisien.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan produk tersebut di ruang pameran Tintarona Publication Sdn. Bhd. di Dewan Tun Ismail sepanjang PBAKL berlangsung.

Pelakon serta penyanyi, Izzue Islam turut hadir bagi merancakkan promosi ruang pameran buku Tintarona Publication Sdn. Bhd.