TUAN SARIPAH NOR RIHA TUAN JAAFAR
TUAN SARIPAH NOR RIHA TUAN JAAFAR

Penolong Kanannya, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar berkata, program anjuran bersama UMW Corporation Sdn. Bhd. itu memberi pendedahan kepada calon SPM sekolah itu tentang potensi mereka mencapai apa yang diimpikan.

"Program motivasi ini melonjak semangat mereka menjelang peperiksaan penting itu pada November ini. Pihak sekolah harap ia juga dapat melonjak pencapaian akademik mereka.

"Keputusan SPM 2017 lebih baik dari 2016, peningkatan menerusi pelbagai program. Sebagai salah satu sekolah yang terpilih mengikuti program ini, kita yakin SPM 2018 mengatasi tahun sebelumnya," katanya ketika ditemui.

Program dua hari melibatkan kesemua 438 calon SPM SMK Seksyen 19 ini disampaikan oleh tokoh motivasi terkenal, Dr. Ismail Zin. - UTUSAN ONLINE