AHMAD BASHAWIR ABDUL GHANI
AHMAD BASHAWIR ABDUL GHANI

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek berkata, Ahmad Bashawir yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Ottawa; Sarjana Pengurusan Kewangan dari Universiti Hull dan Doktor Falsafah dalam bidang Perdagangan dari Universiti Murdoch akan menggantikan tempat Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

“Beliau berpengetahuan luas dalam pendidikan tinggi negara berdasarkan pengalamannya semasa berkhidmat sebagai Penolong Naib Canselor, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS); Dekan Graduate School dan Timbalan Dekan UUM serta Professor Pelawat di Universiti Bakrie, Jakarta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Maszlee, beliau percaya berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, Naib Canselor UUM kelapan itu mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan berkesan dan berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera UUM ke tahap yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE