Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Portal MQR senaraikan 12,292 program sijil hingga ijazah kedoktoran

rmps
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (empat dari kanan), Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ( tiga dari kanan) bersama Rujhan Mustafa ( dua dari kiri) dan Mohamed Azahari Kamil (dua dari kanan) pada pelancaran aplikasi pintar MyMQR di Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang


GEORGETOWN 23 Ogos - Portal Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) telah menyenaraikan sejumlah 12,292 program dari tahap sijil hingga ijazah kedoktoran yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sehingga 31 Julai lalu.


Sehubungan itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, para pelajar disarankan supaya melayari portal ini di www2.mqa.gov.my/mqr.


“Tujuannya untuk memudahkan pelajar menyemak status Perakuan Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang disenaraikan di portal ini,” katanya pada pelancaran aplikasi pintar MyMQR di Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah di sini malam ini.


Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Yang turut hadir Setiausaha YTSP, Datuk Johari Darus dan Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Mohamed Azahari Kamil.


Program ini sebahagian daripada aktiviti Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang untuk 39 Pelajar Terbaik/Cemerlang dan 58 Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis 2017 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (Unimap) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis.


Para pelajar ini telah diajar menggunakan aplikasi pintar MyMQR iaitu aplikasi semakan status program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi MQA melalui telefon pintar. 


Sekaligus ini akan dapat memberikan pendedahan dengan jelas kepada pelajar untuk memilih program yang diiktiraf MQA bagi melanjutkan pengajian nanti.


Pada majlis ini juga baginda berdua juga berkenan mengedarkan KFC yang ditaja oleh QSR Brands kepada pelajar terbabit dalam program ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain