Evolusi dan proses itu tidak dapat ditahan sebaliknya perlu bersama-sama supaya tidak ke­tinggalan kerana dunia sedang berada dan menuju era ekonomi digital.

Perkembangan ini memberikan satu tekanan mahupun cabaran kepada pihak industri dan tidak kurang juga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.

Selari dengan tuntutan itu, Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di sini sentiasa mengambil inisiatif mempertingkatkan serta mengembangkan ilmu dalam bidang penyelidikan mengikut kehendak zaman dan globalisasi.

PMJB menganjurkan pertan­dingan Inovasi dan [email protected] Peringkat Kebangsaan 2018 (PNiCC'18) di [email protected] di sini pada Ahad lalu yang bertemakan Inovasi Ke Arah Revolusi Industri 4.0.

Program itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohammad Naim Yaakub yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Yang turut hadir Pengarah Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Azirin Abdul [email protected] dan Timbalan Pengarah PMJB, Dr. Norazlina Ahmad.

Pertandingan tersebut yang dianjurkan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan PMJB bagi kali ketiga menghimpunkan sebanyak 31 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sekolah menengah dari seluruh negara.

PNiCC'18 melibatkan 108 pe­nyertaan dari 28 IPTA dan selebihnya sekolah menengah dari seluruh negara antaranya PMJB, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mount Austin (Johor); Politeknik Kuching (Sarawak); Kolej Komuniti Selayang (Selangor); Politeknik Nilai (Negeri Sembilan); Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar Seremban (Negeri Sembilan) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (Perak).

Pertandingan berkenaan melibatkan empat kategori iaitu Sains Teknologi dengan 15 penyertaan, Sains Sosial (tiga penyertaan), Pengajaran dan Pembelajaran (29 penyertaan) dan Pembentangan Poster (18 penyertaan).

Tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM350 dan tempat kedua RM250 manakala ketiga RM150 dengan masing-masing membawa pulang pingat emas.

Antara ciptaan yang dipamerkan ialah Lampu Buatan Menggunakan Tenaga Solar iaitu produk tenaga solar menggantikan tenaga elektrik dan Produk B'Care:Pemudah Cara Untuk Mendaftar dan Mencari Rumah Asuhan iaitu aplikasi mengurangkan kes penderaan di rumah asuhan.

Selain itu ciptaan menarik Sto2U:Pemudah Cara Amalan Penyimpanan Rekod Percukaian iaitu inovasi pengurusan rekod dan pengurusan percukaian selain penghasilan sistem Touch n go Atas Talian iaitu inovasi menjimatkan masa dan memudahkan perancangan perjalanan.

Menurut Azirin, penganjuran PNiCC'18 tepat pada masanya untuk peserta sama ada pensyarah atau penuntut menyebarkan ilmu serta berkongsi idea hasil penyelidikan dan inovasi mereka.

Jelasnya, secara tidak langsung membuka ruang dan galakan kepada semua yang terlibat meningkatkan kefahaman tentang bidang penyelidikan dan inovasi yang semakin berkembang.

“Diharapkan melalui PNiCC'18 para pensyarah dan pelajar dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai bekalan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.

“PNiCC'18 mempamerkan pro­­duk-produk yang berdaya cipta. Program ke arah pemerkasaan inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar diharap dapat me­ningkatkan kualiti pensyarah dan pelajarnya dalam menghasilkan produk inovasi,” katanya ketika berucap pada pertandingan itu.