Peruntukan berkenaan merangkumi RM50 juta untuk tujuan penambahbaikan dan penyenggaraan sekolah pondok serta SMAR selain RM30 juta bagi penyelarasan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Majlis penyerahan replika cek kepada wakil-wakil negeri penerima peruntukan tersebut disempurnakan oleh Najib di Seri Perdana di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan insentif sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada institusi-institusi tahfiz yang berdaftar dengan kerajaan.

“Hasrat murni kerajaan adalah untuk memastikan pendidikan Islam dapat diperkasakan, diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi untuk menjadi lebih cemerlang,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Seri Perdana di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE