NAJIB MUHAMAD
NAJIB MUHAMAD

Seorang wakil pempamer, Najib Muhamad yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Kuantan dekat sini berkata, jelajah tersebut dilihat signifikan dan merupakan platform terbaik dalam menyebarkan maklumat sekolah berkenaan kepada masyarakat.

Menerusi program tersebut, katanya, pihaknya dapat berkongsi peranan sekolah dan inisiatif kerajaan dalam memartabatkan pendidikan dalam kalangan murid berkeperluan khas dengan 10 program yang ditawarkan.

“Pengunjung kagum melihat kreativiti para pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran tetapi mampu menghasilkan lukisan batik menarik dan eksklusif.

“Di sinilah ruang dan peluang terbaik untuk orang ramai tahu tentang SMPKV dan bersama-sama menyokong agar hasrat kerajaan tercapai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Damai juga tidak terkecuali dalam membangunkan kaedah membaca dalam kalangan murid berkeperluan khas.

NORAINI MD. SALLEH
NORAINI MD. SALLEH

Menurut Pengetuanya, Nor Aini Md. Salleh, kemahiran membaca melalui aktiviti Nilam dinamakan sebagai Nilam Mustika bagi menarik minat murid terlibat membaiki masalah pembacaan.

“Menggunakan kemahiran fokus de­ngan mencipta bonzai kristal sebagai tarikan membolehkan kemahiran membaca dipraktikkan sehingga berjaya.

“Menariknya, SMK Seri Damai merupakan sekolah pertama di negara ini yang mempraktikkan kaedah membaca menerusi kreativiti dan inovasi,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan turut menyuarakan hasrat untuk melihat secara khusus program tersebut sebelum dipraktikkan di sekolah-sekolah lain.