Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petron Malaysia iktiraf tiga pelajar universiti

Petron
FARIDAH ALI (tengah) bersama dengan para juri dan pemenang Pertandingan Seni Visi Petron 2017 di sini hari ini.-UTUSAN

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Petron Malaysia mengiktiraf tiga pelajar institusi pengajian tinggi tempatan sebagai juara Visi Petron 2017 dalam kategori seni lukis, fotografi dan videografi anjuran syarikat itu.

Antara pelajar itu adalah Sze To Joe Yin dari Institut Seni Malaysia yang memenangi hadiah utama kategori seni lukisan bertajuk 'Masa Terindah dalam Kehidupan' manakala Mohammad Syamil Mohd Rasli dari Universiti Multimedia pula memenangi ketegori fotografi dengan tajuk 'Aksi Golongan Muda'.

Manakala kumpulan pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana memenangi hadiah utama kategori videografi yang terdiri daripada Nursyafiq Zahin Zamri, Afiq Naqiuddin Mohd Fauzi dan Mohd Syarafi Saadon.

Kesemua juara tersebut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, sijil dan plak pengiktirafan manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa wang tunai RM2,000 dan RM1,000 sementara hadiah saguhati menerima wang tunai RM500.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, tujuan pertandingan itu diadakan untuk memupuk seni dan budaya tempatan dalam kalangan generasi muda menerusi bakat yang ada dalam usaha menyemai nilai perpaduan dan cintakan negara.

"Tahniah kami ucapkan kepada kesemua pemenang dan universiti yang mengambil bahagian. Kami sangat berterima kasih atas sokongan yang kian meningkat setiap tahun dan memberikan inspirasi kepada kami untuk  terus bekerjasama dengan pihak universiti bagi menyerlahkan lagi kreativiti bakat-bakat muda" katanya majlis penyampaian hadiah Pertandingan Seni Visi Petron 2017 di sini hari ini.

Menurut Faridah, Visi Petron merupakan satu-satunya pertandingam seni di negara ini yang memberikan peluang kepada pelajar universiti di negara ini mempamerkan bakat dalam bidang seni lukisan, fotografi dan videografi dengan mengalakkan para belia menegakkan nilai-nilai murni.

"Inilah antara cara kami menyumbang kepada pembangunan negara dengan mempromosikan senindan budayabdalam kalangan belia di negara kita," ujarnya.

Karya-karya pemenang dan peserta peringkat akhir itu akan dipamerkan di pusat membeli-belah 1Utama Damansara Utama untuk seminggu bermula esok.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain