MUHAMMAD FAUZI AHMAD
MUHAMMAD FAUZI AHMAD

Penganjuran pertandingan tersebut, kata wakil Skills Malaysia, Mohammad Fauzi Ahmad, diadakan bagi mengasah bakat para peserta yang majoritinya adalah pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Para peserta ini, jelas pakar mekatronik itu, memerlukan para pesertanya menggunakan segala pengetahuan yang dipelajari di institusi masing-masing untuk membina dan memastikan ciptaan mereka itu dapat berfungsi dengan baik.

"Bagi robot yang tidak beroperasi dengan baik sewaktu pertandingan ini mereka diperlukan untuk mengadakan kajian untuk mencari dan menyelesaikan masalah yang menyumbang kepada masalah yang dihadapi.

"Di sinilah pembelajaran yang terkandung di dalam pertandingan ini," kata beliau kepada Utusan Online.

Pertandingan robotik seperti yang didakan di Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini, jelas Muhammad Fauzi sentiasa mendapat sambutan daripada golongan belia dan remaja.

Di pertandingan ini sahaja, menurut beliau, telah mendapat sebanyak 37 penyertaan dalam masa seminggu selepas diumumkan di kolej-kolej kemahiran di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE