MELISSA ALCOCK
WONG SIEW FONG

Guru Sains Komputer St. John’s Institution (SJI), Wong Siew Fong berkata, dia menggalakkan para pelajar SJI menghasilkan video pendek setiap bulan dengan seberapa kerap memandangkan mereka sudah tahu merancang papan cerita dan menggunakan teknik rakaman serta suntingan.

“Ini bukan setakat untuk suka-suka kerana ilmu ini bukan sahaja berguna di sekolah malah sehingga ke universiti,” katanya ketika ditemui selepas sesi enataran Video Pendek #muhibah di SJI, di sini hari ini.

Seramai 30 orang pelajar pelbagai tingkatan mengikuti sesi Penataran Video Pendek #muhibah berhubung asas videografi dan terus kepada penghasilan dan penghantaran penyertaan menerusi laman sesawang www.muhibah.my.

PARA peserta Penataran Video Pendek #muhibah bergambar selepas
PELAJAR yang menyertai Penataran Video Pendek #muhibah Utusan Online-Utusan Malaysia bergambar selepas sesi penerangan di St. John's Institution, Kuala Lumpur, hari ini. 

Pertandingan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan ini bermula sejak 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah secara percuma dengan syarat utama penggunaan bahasa kebangsaan dalam video pendek bermesejkan perpaduan.

Empat video terbaik akan dipilih sebagai pemenang bulanan yang menawarkan hadiah RM1,000 bagi setiap pemenang tajaan Orando Holdings, sebuah syarikat hartanah yang berhasrat mencungkil bakat muda dan mengetengahkan keharmonian Malaysia di luar negara. - UTUSAN ONLINE