Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert berkata, personaliti ini penting dan menjadi satu ke­lebihan dalam persaingan mencipta kejayaan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kerjaya.

“Pada era yang mencabar ketika ini, pelajar perlu keluar dari zon selesa dengan mencari pendekatan inovatif dan kreatif untuk menjadi pelajar yang berdaya saing serta berdaya maju,” kata­nya memberi tip menjadi modal insan cemerlang.

Beliau berkata demikian dihadapan 100 pelajar dan ibu bapa yang mengikuti ceramah Ijazah Perniagaan Dengan Sijil Profesional sempena Pameran Pendidikan Star 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kolej Antarabangsa YPC menyertai pameran itu untuk menawarkan peluang melanjutkan pengajian tinggi terutama kepada pelajar yang keluarganya berpendapatan rendah.

Malah, kolej ini menyediakan biasiswa penuh berjumlah RM3.6 juta untuk pelajar yang layak mengikuti Program Asasi dan juga program pengajian dengan kerjasama Liverpool John Moores University, United Kingdom.

Dengan lima kredit, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak mengikuti program asasi dalam bidang sastera dan sains antaranya pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, multimedia dan perakaunan.

Sebarang pertanyaan ber­ka­itan program pengajian dan tawaran biasiswa boleh di­ajukan kepada e-mel [email protected]