Presidennya, Vincent D'Silva berkata, persidangan itu dijangka akan dihadiri seramai 450 tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari sekolah-sekolah seluruh negara.

Menurut beliau, lebih menarik, penyertaan bagi penganjuran persidangan selama tiga hari itu dibuka secara percuma.

“Persidangan kali ini akan memberi tumpuan kepada mutu dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga pengajar di negara ini dan apakah cabaran yang dihadapi.

“Seramai 20 penceramah akan hadir membentangkan kertas kerja mereka mengenai topik berkaitan antaranya dari Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara,” katanya dalam sidang akhbar di Kelab Media Cina di sini baru-baru ini.

Penganjuran persidangan itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak antaranya Hotel M-Suites, Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Menurut Vincent lagi, pihaknya akan turut menyampaikan Anugerah Guru Bahasa Inggeris Cemerlang kepada enam guru yang terpilih.

“Harapan kami adalah agar persidangan tahunan ini dapat membantu meningkatkan kualiti tenaga pengajar Bahasa Inggeris tempatan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.