SIRAJUDDIN SALLEH
SIRAJUDDIN SALLEH

Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, hal demikian ini kerana peperiksaan untuk sijil tersebut tidak menggunakan kurikulum kebangsaan serta pengajaran dan pembelajaran adalah sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

“Mengiktiraf UEC adalah melanggar Akta Pendidikan 550 yang hanya mengiktiraf pendidikan yang berteraskan kurikulum kebangsaan.

“Selain itu, Perkasa berharap kedaulatan bahasa Melayu dapat diperkukuh dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Melalui pendidikan, bahasa Melayu akan terus dijulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE