Program pertama itu antara lain menampilkan karya-karya fotografi jurufoto Utusan dan peralatan fotografi era tahun 70an hingga 90an.  

Antara peralatan yang dipamerkan termasuk mesin radio foto yang digunakan pada era analog bagi menghantar dan menerima gambar untuk penerbitan akhbar selain kamera yang digunakan pada zaman tersebut.

Pembelajaran teknik dan gaya fotografi era digital seiring dengan perkembangan teknologi terkini turut ditampilkan.

Bengkel yang dijalankan selama sehari ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tayangan slide, bicara pengalaman, soal jawab isu fotografi dan teknik fotografi industri.

Pada majlis itu Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad menerima watikah pelantikan Lensa Rencam sebagai rakan strategik dalam bidang pengurusan fotografi yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Zaihan Shukri.

Turut hadir Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar; Pengarang Foto, Abdul Kadir Bachok dan Pengarah ILP Kuala Langat, Kamarulzaman Chu Abdul Rani.

Sejak awal pelancaran Lensa Rencam  sebanyak 11 program berkaitan fotografi telah diadakan di IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia dengan dua pelantikan rakan strategik yang dimulakan dengan SMK Rinching Semenyih. -UTUSAN ONLINE