Ketiga-tiga beradik itu terdiri daripada Najihah Humairah Mohd. Najmuddin, 12: Najidah Humaira, 10, dan Najmuilmi Hakim, 8, selain seorang lagi, Muhamad Idham Yustialmy, 13.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr.  Zul Azhar Zahid Jamal menyampaikan cek sumbangan berjumlah A$500 (RM2,100) kepada para penyelidik cilik ini di pejabatnya di sini hari ini.

Ketiga-tiga beradik itu akan mempertaruhkan ciptaan mereka iaitu  produk 'A Novel Mint & Marigold Ant Repellent (MM-ARI Shooh!)' dan 'Vegi Compost Bucket'.

Ciptaan produk semburan penghalau semut itu menggunakan sepenuhnya bahan semula jadi supaya  selamat digunakan manakala produk keduanya pula untuk dua kegunaan iaitu menanam sayur-sayuran dan penghasilan baja kompos di ruang kecil seperti pangsapuri.

Muhamad Idham Yustialmy, 13, pula akan mempertaruhkan produk ciptaannya `Fast Response Robbery Report (Fast3R)' iaitu dengan hanya menekan satu butang pada sistem itu, kes jenayah seperti rompakan dapat diterima dengan lebih pantas oleh balai polis berbanding panggilan telefon. - UTUSAN ONLINE