Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pendedahan awal kerjaya untuk kanak-kanak kurang berkemampuan

KIdzania-Kerjaya
Kanak-kanak yang menyertai lawatan di Kidzania anjuran Kelab Rotary of Greater Kuala Lumpur khusyuk mendengar taklimat daripada petugas di sini, hari ini.

PETALING JAYA 8 April - Kanak-kanak khususnya daripada golongan yang kurang berkemampuan perlu diberikan pendedahan awal kerjaya sejak dari kecil lagi bagi memberikan mereka peluang memilih haluan masa hadapan masing-masing.

Presiden Kelab Rotary of Greater Kuala Lumpur, Datuk Dr. A.T. Kumararajah berkata, atas kesedaran itu, kelab tersebut membawa kanak-kanak kurang bernasib baik melawat Kidzania untuk memberikan pendedahan kerjaya yang lebih mendalam kepada mereka.

Katanya, lawatan itu turut memberi peluang kepada setiap peserta menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baharu di situ.

“Kami membawa mereka ke sini untuk memberi pendedahan kerjaya yang lebih mendalam.

“Usaha ini memberi peluang kepada mereka menimba pengalaman yang sukar didapati setiap hari. Pendedahan ini amat penting kepada kanak-kanak agar mampu memilih kerjaya mereka apabila tamat pengajian nanti,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kumararajah berkata, selain daripada pendedahan kerjaya, kanak-kanak itu turut diajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu memantapkan lagi penguasaan bahasa itu dalam kalangan mereka.

“Kami dapati, kebanyakan daripada mereka lemah dalam pertuturan bahasa Inggeris sedangkan bahasa ini merupakan salah satu kemahiran insaniah yang penting dalam menempuh alam pekerjaan kelak.

“Jadi, program ini diharap dapat membantu mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik dan sebagai satu persediaan menempuh alam pekerjaan nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kumararajah berkata, pendidikan merupakan elemen penting dalam mengubah nasib kanak-kanak berkenaan.

“Yang dapat mengubah nasib mereka adalah pendidikan. Kita ajar mereka apa-apa pun, tetapi kalau mereka tidak diberikan pendidikan, tiada guna. Kebanyakan daripada keluarga mereka tidak mampu menampung perbelanjaan persekolahan mereka sehingga anak-anak ini tiada semangat untuk ke sekolah.

“Kami turut membantu menampung kos perbelanjaan persekolahan mereka seperti tambang bas, pakaian sekolah dan juga bekalan makanan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain