Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abd. Aziz berkata, PFS mempunyai sebuah arkib yang dibangunkan sendiri untuk menyimpan dokumen dan artifak sejarah sekolah berkenaan sejak awal 1880-an.

Sehubungan itu, ujar beliau, pihaknya akan membantu sekolah berkenaan mengenai prosedur menjaga bahan sejarah dan berusaha mendigitalkan bahan berkenaan sebelum dimasukkan ke portal rasmi Arkib Negara.

“Dengan cara itu, pengkaji dari dalam dan luar negara boleh mendapatkan maklumat berkenaan sekali gus mengembangkan sejarah negara kita ke mata dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Arkib Negara diwakili Azemi dan PFS diwakili Pengetuanya, Omar Abdul Rashid menandatangani memorandum kerjasama bagi membolehkan ribuan dokumen dimiliki sekolah itu dipulihara secara sistematik. - UTUSAN ONLINE