Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pembelajaran bahasa Inggeris antara terbaik di Asia Terenggara

SEKUMPULAN pelajar Jepun dari Institut Teknologi Shibaura menunjukkan
SEKUMPULAN pelajar Jepun dari Institut Teknologi Shibaura menunjukkan produk keluaran Jepun sempena Program Bahasa Inggeris Musim Panas di Akademi Bahasa UTM, Skudai, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 7 Sept. – Sistem pembelajaran bahasa kedua di negara ini iaitu bahasa Inggeris diakui oleh tenaga pengajar institusi pengajian tinggi Jepun sebagai antara yang terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Profesor Pusat Promosi Pembelajaran Inovasi Institut Teknologi Shibaura (SIT), Dr. Masahiko Tachibana berkata, perkara itu dapat dilihat apabila kebanyakan rakyat negara ini mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik berbanding masyarakat Jepun.

Beliau percaya sistem pembelajaran yang diperkenalkan selain penekanan yang diberikan kerajaan terhadap bahasa tersebut menjadi antara faktor rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

“Pengajian bahasa Inggeris yang diterapkan dalam sistem pembelajaran sejak kecil di negara ini jelas membuahkan hasil dan ini dapat dilihat apabila kebanyakan rakyat tidak ada masalah untuk bertutur dalam bahasa itu.

“Berbanding di Jepun, kami hanya mampu menulis dan memahami bahasa tersebut dengan baik, bagaimanapun dari segi pertuturan, kebanyakan kami masih pada tahap lemah dan tidak ada keyakinan bertutur dalam bahasa itu.

“Malaysia menjadi antara negara pilihan kami untuk menjayakan program jangka pendek bahasa Inggeris kepada penuntut kami,” katanya ditemui semasa menghadiri program pertukaran budaya 21 penuntut SIT dan UTM di Akademi Bahasa, di sini semalam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain