Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun CCTV itu hanya akan dipasang di sekolah-sekolah 'hotspot' yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah displin.

"CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) berperanan dalam menentukan sekolah mana yang memerlukan pemasangan CCTV terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis ziarah kasih bersama penduduk di Kampung Perik di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berhubung pemasangan CCTV di sekolah-sekolah.  

Menurutnya, CCTV kini sudah menjadi keperluan yang mana sekiranya sesuatu berlaku sesuatu kejadian di sekolah, ia boleh terus dilihat dan tindakan boleh diambil dengan segera.-UTUSAN ONLINE