Penolong Pengarah (Pembestarian) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Per­se­kutuan Kuala Lumpur (BTPNKL), Mustapa Alba Umar menyifatkan pelajar sebenarnya me­mang mampu menyediakan bahan se­­perti video pendek yang dipertandingkan jika guru memainkan peranan penting sebagai pendorong.

“Pertandingan yang diilhamkan Kumpulan Utusan itu juga adalah usaha yang baik kerana menjurus kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 dalam hal kemahiran justeru, kami menjunjung tinggi usaha sebegini dan diharap guru juga bersedia untuk menggalakkan penyertaan pelajar.

“BTPNKL secara berterusan memberi pendedahan termasuk mengikuti perkembangan Microsoft menerusi pelbagai latihan. Program pertandingan ini juga berkaitan dan inilah bentuk pendidikan hari ini, bukan lagi ‘chalk and talk’ yang tertumpu kepada guru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas Taklimat Pertan­dingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online di BTPNKL yang dihadiri 100 orang guru media dari sekolah-sekolah di sekitar ibu negara.

Pertandingan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan ini bermula sejak 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini.

Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar sekolah menengah secara percuma dengan syarat utama penggunaan bahasa kebangsaan dalam video pendek bermesejkan perpaduan.

Empat video terbaik akan dipilih sebagai pemenang bulanan yang menawarkan hadiah RM1,000 bagi setiap pemenang tajaan Orando Holdings, sebuah syarikat hartanah yang berhasrat mencungkil bakat muda dan mengetengahkan keharmonian Ma­­laysia di luar negara.

Tambah Mustapa Alba, guru dinasihatkan agar memanfaatkan penerangan terperinci yang telah dibuat dan menyebarluaskan pertandingan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga rakan-rakan sejawat mereka.

“Dalam perkembangan pendidikan hari ini, sudah sampai masa untuk guru bertindak sebagai pemudahcara dan meluaskan lagi daya kreativiti pelajar,” kata­nya yang mewakili Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, Zainuddin othman.