MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penangguhan tersebut dibuat setelah beliau berbincang bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin mengenai perkara itu, petang ini.

"Dalam perbincangan menerusi panggilan telefon itu, kami berdua bersetuju yang perkara ini perlu ditangguhkan ke tahun depan kerana ada masalah teknikal. Jadi guru-guru tak perlu laksanakan dulu perkara itu.

"Perkara ini melibatkan Jabatan Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Hari ini saya umumkan dulu penangguhannya dan esok atau lusa, kementerian akan mengeluarkan perinciannya untuk dimaklumkan ke sekolah-sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun Piala Menteri Pendidikan 2017 di Sekolah Kebangsaan Padang Terap di sini, hari ini.