Program tersebut mendapat kerjasama daripada Majlis Profesor Negara (MPN) dan memasuki fasa kedua selepas kejayaan fasa pertama tahun lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik & Inovasi UMK, Datuk Dr. Ibrahim Che Omar berkata, program ini bertujuan untuk memastikan ahli akademik membantu sekolah memperkasa aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Menurutnya, program ini untuk memastikan misi bagi meningkatkan minat pelajar dengan aliran STEM dapat digerakkan dengan lebih bersepadu di sekolah.

"Menerusi program ini, para profesor akan turun padang untuk bertemu dan melatih pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka lebih berdaya saing dan berminat dalam pelbagai subjek di sekolah.

"Dengan adanya program ini pelajar akan diberi pendedahan dari peringkat sekolah lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut di Dewan UMK di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri, Wan Ismail Wan Daud. - UTUSAN ONLINE