Pengetua SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff berkata, pro­gram ini dilihat sebagai platform yang paling sesuai untuk pelajar kedua-dua negara ber­kong­si isu-isu berkaitan pendidikan merentas sempadan sambil meningkatkan kemahiran komunikasi masing-masing.

“Diharap program ini juga dapat dimanfaatkan untuk melengkapkan diri pelajar secara holistik dengan pengetahuan, keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif di samping memiliki kemahiran memimpin bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan kehadiran delegasi Itsukaichi Senior High School seramai 17 orang termasuk dua guru ke SBP Integrasi Gombak, baru-baru ini.

Delegasi dari Jepun itu didedahkan dengan keupayaan Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) SBP Integrasi Gombak yang banyak meraih kejayaan di peringkat antarabangsa selain diberi peluang mendalami bahasa Inggeris dengan mengikuti kelas pembelajaran bahasa berkenaan.

Selain itu, aktiviti yang mempamerkan kebudayaan kedua-dua negara seperti tulisan, tarian dan persembahan nyanyian turut diadakan.