Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM cawangan Melaka bertujuan menarik minat pelajar tahun akhir menghasilkan penerbitan dalam bentuk penulisan akademik di samping mengkomersialkan projek yang telah dihasilkan selama tempoh setahun.

Menurut Rektor UiTM cawangan Melaka, Datuk Prof. Madya Sabariah Mahat, program ICMMTC ini juga bertujuan menambah baik dan memperkasakan hasil dapatan akademik projek-projek tahun akhir para pelajar Ijazah Sarjana Muda FSKM.

“Menerusi usaha ini, para pelajar akan mendapat saluran-saluran untuk menerbitkan projek tahun akhir mereka di dalam bentuk penerbitan akademik dan mendapat penilaian potensi pengkomersialan.

“Program ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak pelajar malah untuk fakulti, kampus dan UiTM secara keseluruhan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup kolokium itu di Perpustakaan UiTM kampus Jasin di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, enam juri industri daripada pelbagai syarikat yang terlibat dalam peluang pekerjaan di Melaka dan Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE