Pengetua pusat tahfiz tersebut, Mohd. Zahid Mahmood berkata, moral pelajarnya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali meneruskan pengajian.

“Pelajar sering bertanya kepada saya bila sekolah hendak dibuka dan kita ambil positif perkara tersebut.

“Saya beritahu mereka, kita dalam proses untuk memulakan semula pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Tahlil Perdana dan Pengkisahan Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat di Dataran Market Bunut Susu di sini, hari ini.

Seramai 500 penduduk hadir pada program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahabbah Bunut Susu.

Mohd. Zaidi memberitahu, pengajian tersebut akan beroperasi di sebuah bangunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE