Baru-baru ini, peserta Persidangan Pendidikan Antarabangsa di Universiti Freiburg, Jerman menyatakan rasa kagum mereka terhadap kepakaran Dr. Ismail dalam mencipta model reka bentuk pengajaran yang baharu dan menjadi antara yang terbaik untuk kegunaan guru dalam senario merancang pengajaran abad ke-21 di peringkat global.

Peserta persidangan, Dr Norris-Raynbird berkata, Model ASIE ini adalah satu-satunya model yang amat membantu guru dalam me­rancang pengajaran mereka.

“Model ini amat informatif, interaktif dan komprehensif serta menepati keperluan pembelajaran abad ke-21 di dalam bilik darjah.

“Di samping itu, model ini juga boleh dijadikan sebagai bahan penilaian untuk guru dalam proses merancang pengajaran,” kata Pensyarah Bemidji State University, Ame­rika Syar­ikat ini.

Sebelum ini, Mo­del ASIE per­nah memenangi Anugerah Per­sembahan Terbaik dalam Persidangan Pendidikan Antarabangsa di Beijing, China dan di London, United Kingdom.

Bukan itu sahaja, Model ASIE juga dicatat abstraknya dan diindeks dalam pangkalan data, Pusat Maklumat Bahan Pendidikan Antarabangsa (Education Resources Information Center, ERIC).

Artikel Model ASIE juga diterbitkan dalam jurnal antarabangsa dan dibukukan oleh penerbit an­ta­rabangsa Scholar Press yang berpusat di Jerman.

Sementara itu, ahli akademik dari Turki, Sema Irem Orhan sangat tertarik dengan Model ASIE dan berhasrat membuat tesis ijazah kedoktoran mengenainya.

“Saya ingin menggunakan Model ASIE agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar program pendidikan sains iaitu guru praperkhidmatan di Turki,” ujarnya.

Bagi Dr. Ismail, penghargaan dan pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa ini adalah pencapaian yang membanggakan untuk sistem pendidikan negara kita.

“Keberkesanan Model ASIE ini yang diakui di peringkat global sewajarnya dimanfaatkan untuk ke­gunaan guru di Malaysia,” katanya.

Pada Mac 2017, model ini akan dibentangkan dalam satu persidangan pendidikan antarabangsa di California, Amerika Syarikat.

“Kertas cadangan yang dihantar telah diterima untuk pembentangan dengan laporan penilaian yang amat membanggakan,” jelasnya.

Ujian rintis penggunaan Model ASIE ini telah dilaksanakan di daerah Batu Pahat, Kuala Selangor dan Seremban selain program khas untuk Sekolah Transformasi kelolaan Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Untuk mencuba model ini secara percuma, sila layari http://asiemodel.net.

Dalam pada itu, menurut Izham, pihaknya berharap agar lebih banyak syarikat korporat dan berkaitan kerajaan untuk turun padang membantu rakyat terutamanya dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar pada ketika ini.

“Syarikat-syarikat korporat yang lain dapat menjadikan program anjuran BDB ini sebagai contoh yang memberikan manfaat kepada ramai rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh Kedah,” katanya.

-habis

berbanding RM1,023,089 (2015) dan RM959,058 (2014)

IKUTI RUANGAN PANTAU DI WWW.WAHIDHASHIM.BLOGSPOT.COM

“Model ASIE amat relevan dengan keadaan sekarang kerana memberi kemudahan untuk guru merancang pengajaran mereka. Dalam masa terdekat, Model ASIE ini akan menyinar bak bintang dalam pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya ingin mengaplikasikannya dalam kalangan pensyarah di universiti. ”

Dr Marieta Jansen 
van Vuuren

Pensyarah Kanan North West University, Afrika Selatan

“Dengan menggunakan model ini dapat memberi panduan yang tepat kepada guru untuk merancang pengajaran secara lebih sistematik mengikut keperluan masa kini. Model secara atas talian ini memudahkan guru untuk berkongsi pengalaman, maklumat terkini dan amalan terbaik.”

Nshimiyimana 
Yves Claude

Pensyarah dari Uganda

“Di samping itu, PML turut menjalin kerjasama dengan agensi luar bagi memastikan keterlihatan pusat ini bukan hanya di peringkat dalaman bahkan turut mendapat kepercayaan pihak luar dalam bersama-sama membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di Sabah,” tegasnya.

PML menjalin kerjasama dengan Etiqa Takaful melalui Syarikat Putra & Associates Sdn. Bhd.bagi melaksanakan program Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Faktor lokasi PML di dalam kawasan kampus UMS dan yuran yang berpatutan mendorong warga universiti ini untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan itu.

-habis