Tujuan penarafan ialah memberi penghargaan serta mengiktiraf inisiatif warga sesebuah sekolah menyahut kempen penjenamaan PAK-21 itu.

Terdapat empat elemen yang menjadi asas proses penarafan iaitu aktiviti PAK-21 semasa perhimpunan mingguan, inisiatif dan kreativiti menampal poster PAK-21 yang dibekalkan serta kreativiti mengurus bahan berkala Utusan Pelajar di pusat sumber sekolah, mengaplikasikan Utusan Pelajar di dalam kelas, dan pertimbangan menyeluruh pelaksanaan program mengikut budi bicara sekretariat.

Setiap sekolah yang mula mewujudkan ekosistem program ini akan disenaraikan dalam akhbar dan secara automatik adalah layak mendapat penarafan.

Sekolah terlibat juga tidak perlu membuat sebarang laporan atau sebarang pengisian data bagi tujuan program pengiktirafan ini.

Pihak sekretariat program yang akan berhubung dengan sekolah atau berkunjung dari semasa ke semasa untuk menilai inisiatif sekolah.