Shahrul Nizam Mohd. Hanafiah, 44, yang lumpuh akibat terjatuh daripada pokok itu menerima anugerah pelajar terbaik kursus pembuatan pakaian wanita pada majlis tersebut.

Menurut Shahrul Nizam dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai penerima anugerah pelajar terbaik untuk sesi kali ini.

“Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus cemerlang dalam bidang jatihan pakaian.

“Saya memilih jahitan kerana percaya bidang ini mempunyai potensi dan masa depan yang cerah” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ikmu Ke-10 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.