Nasihat bernas itu disampaikan oleh Duta Besar tersebut sewaktu 31 pemimpin MPP ber kenaan berkunjung ke Rumah Malaysia, di ibu negara telaga minyak tersebut iaitu di Astana.

Selaku tuan rumah, Syed Muhamad Bakri memberi beberapa nasihat yang ringkas sifatnya, tetapi bagi individu yang berstatus mahasiswa, mereka sedia maklum nasihat itu membawa maksud yang cukup bermakna.

Salah satu nasihat yang di sampaikan, beliau tidak mahu mahasiswa selesa de­ngan pencapaian akademik semasa, tetapi mesti te­rus belajar, termasuk me­­-
lanjutkan pengajian ke luar negara sambil berkongsi kepakaran dari negara ber­kaitan.

Salah seorang daripada pemimpin MPP itu, Lum Ja Son, 22, amat mengagumi nasihat Syed Muhamad Bakri dan bercita-cita menimba lebih banyak ilmu dari Kazakhstan kerana ia merupakan negara terbesar di Asia Tengah dan kesembilan terbesar di dunia.

“Antara yang saya belajar di Kazakhstan ialah bagaimana negara tersebut memperkukuhkan ekonominya secara bijak untuk bersaing di peringkat global, tanpa terus bergantung kepada komoditi utamanya iaitu minyak.

“Kazakhstan sudah merangka strategi ekonomi jangka panjang untuk memastikan negaranya tersenarai dalam kelompok 30 ekonomi global yang terkemuka menjelang 2050,” ujar penuntut Ijazah Keusahawanan Kejuruteraan itu.

Ja Son merupakan antara pemimpin MPP yang menyertai program Jelajah Ilmu Unimap, merangkumi satu malam di Astana (Kazakhstan), empat hari di Baku, Azerbaijan dan satu malam di bandar raya Amlaty iaitu pusat kewangan Kazakhstan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jama­lul­lail selaku Canselor Unimap menge­tuai delegasi yang berteraskan pendidikan itu.

Yang turut serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimap, Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan serta Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimap, Prof. Madya Razli Ahmad.