Pengarah Program, Dr. Norzanalia Saadun berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas Integrasi merasai sendiri suasana sebenar hutan yang kaya dengan flora dan fauna.

“Di samping itu, program ini membantu meningkatkan keyakinan diri, komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Seramai 22 murid Program Pendidikan Khas Integrasi Seko­lah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Sepang dan lapan orang guru mengikuti program ini di Pu­sat Pendidikan Perhutanan Sul­tan Idris Shah, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Zalifah Reduan berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan padu terhadap program-program yang melibatkan kelestarian alam sekitar dan pembangunan kendiri murid.