KUALA LUMPUR 4 JULAI 2018. Penolong Pengarah Pembestarian Bahagian
KUALA LUMPUR 4 JULAI 2018. Penolong Pengarah Pembestarian Bahagian

Penolong Pengarah (Pembestarian) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL), Mustapa Alba Umar berkata, pertandingan itu juga lengkap dengan elemen berkolaboratif, berkomunikasi, pemikiran kritis dan kreatif yang selari Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

“Ia adalah usaha yang baik kerana menjurus kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan para guru juga bersedia untuk menggalakkan penyertaan pelajar. Program pertandingan ini juga adalah bentuk pendidikan hari ini.

“Guru yang hadir dalam Taklimat Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online di BTPNKL tempoh hari juga perlu sebar luaskan kepada guru lain dan bukan saja pelajar di sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE