Dalam pertandingan berkonsepkan permainan saham interaktif itu, sekolah berkenaan menewaskan enam lagi pasukan yang berentap pada peringkat akhir hari ini.

Kemenangan itu membolehkan pasukan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, hamper barangan, sijil penyertaan, trofi, medal dan jam tangan.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) Leonard Ariff Abdul Shatar dan Timbalan Presiden merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd. Nizam Zainordin.

CCM Interschool Showdown merupakan antara usaha PNB mempromosikan MSAM kepada golongan pelajar, di samping memberi pendedahan dan pendidikan mengenai konsep risiko dan pulangan dalam pelaburan dan juga memperkaya pengetahuan mereka mengenai perniagaan PNB dan juga CCM Berhad.

Selain diuji dengan pengetahuan am, pelajar juga didedahkan dengan ‘trading race’ iaitu satu bentuk permainan yang menyamai urus niaga bursa saham.

Seramai 6,300 orang pelajar dari 21 buah sekolah telah mengambil bahagian di peringkat awal pertandingan menerusi ujian bertulis yang dijalankan di sekolah masing-masing. - UTUSAN ONLINE