Pegawai Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan An­tarabangsa UiTM Kedah, Azlan Abdul Rahman berkata, banyak manfaat bakal diperoleh antara kedua-dua pihak hasil MoU itu.

“Pihak UiTM diwakili Rektor UiTM Cawangan Kedah, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid manakala PPANPk pula diwakili Pengarahnya, Mohammad

Nazari Abdul Hamid dengan disaksikan pegawai daripada kedua-dua organisasi itu.

“Selepas ini akan terjalinlah kerjasama antara UiTM Kedah dan PPANPk dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti atau program pembangunan berteraskan ilmiah, pendidikan bersepadu, latihan praktikal, perundingan dan penyelidikan antara kedua-dua belah pihak,” katanya selepas MoU tersebut di sini hari ini.

Azlan berkata, dia dan kakita­ngan lain begitu gembira kerana Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM sendiri, Dr. Roziya Abu sanggup ambil inisiatif bagi menjayakan perjanjian kerjasama tersebut.

Sementara itu, Shaiful Annuar pula berkata, melalui perjanjian persefahaman seumpama itu, ia bakal memberi kebaikan jangka panjang dalam usaha untuk mengetengahkan UiTM Ca­wangan Kedah dengan pihak luar terutama dalam aspek pendidikan dan inovasi.