Empat sekolah itu, Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shareen, SMK Dato’ Sheikh Ahmad dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena merupakan sekolah angkat dan sekolah kluster kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam program inovasi dan sains.

Kejayaan mereka membuktikan bahawa negeri Perlis mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang inovasi melalui bimbingan kerjasama beberapa organisasi antaranya Persatuan Penyelidik dan Inovasi Malaysia (MyRIS), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis, UniMAP dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).

Guru Besar SK Sena, Roslan Yatim berkata, usaha murni organisasi seperti Unimap, MyRIS, YTSP dan JPN Perlis ini perlu diteruskan dan dicontohi oleh pertubuhan atau institusi lain dalam membantu pelajar-pelajar serta sekolah sekitar Perlis memperkasa akademik dan keterampilan sama ada di dalam dan di luar negara.

“SK Sena telah banyak menyer­tai UniMAP ke pertanding peringkat antarabangsa dan hasilnya saya lihat banyak perubahan positif terhadap pelajar dan kebanyakkan mereka terlibat dengan pertandingan inovasi ini turut cemerlang dalam akademik,” katanya yang menjadi satu daripada tiga guru pengiring ke KIDE 2015.

Sebelum ke KIDE 2015, keempat-empat organisasi terbabit telah bergabung tenaga dengan mengadakan beberapa siri bengkel inovasi dan robotik termasuk khidmat kepakaran daripada UniMAP dalam memperkasa inovasi pelajar di Perlis.

Dua inovasi yang mememenangi pingat emas di KIDE 2015 ciptaan SMS Tuanku Syed Putra dan SMK Lailatul Shahreen merupakan pe­me­nang utama dalam pameran Perlis Engineering, Research and Learning Innovation Symposium (PERLIS 2015) yang didakan pada Oktober lalu.

KIDE 2015 yang dianjurkan oleh World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dengan kerjasama Kaohsiung City Government disertai lebih 20 negara antaranya Taiwan, China, Tunisia, Poland, Romania, Turki, Saudi Arabia, Sri Lanka, Korea, Itali, Indonesia dan Vietnam.

Pertandingan ini diadakan di International Convention Center Kaohsiung (ICCK), Taiwan dari 4 hingga 6 Disember lalu.