Justeru, mustahil untuk disiapkan dalam tempoh yang singkat. Biasanya, proses itu memakan masa bertahun-tahun. Paling singkat pun, ambil masa sehingga tiga tahun.

Seorang selebriti tempatan, Dr. Soo Wincci yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) mengakui mengambil masa sehingga enam tahun untuk melengkapkan kajiannya di peringkat ijazah PhD.

“Perjalanan meraih ijazah PhD bukan sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan perlu dilakukan termasuklah masa, karier dan keluarga.

“Ibu dan bapa pernah kata saya gila ketika membuat kajian untuk mendapatkan data. Saya bersendirian dalam bilik menghadap komputer, ke­ta­wa seorang diri.

“Saya buat kajian tentang selebriti di Malaysia serta interaksi mereka di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan sebagainya. Kadang-kadang ada perkara kelakar,” katanya kepada Utusan Malaysia.