KABINET MALAYSIA 2018MENTERI PENDIDIKAN - DR MASZLEE MALIK KUALA
DR. MASZLEE MALIK

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ia adalah langkah politik daripada kerajaan terdahulu memandangkan peruntukan RM90 juta sememangnya tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengajian penerima.

Beliau berkata, keseluruhan kos yang perlu ditanggung adalah RM612 juta dan ini memberikan implikasi yang besar.

“Kementerian sentiasa prihatin terhadap masa depan dan sokong segala usaha untuk menjadikan rakyat dapat akses kepada pembelajaran di peringkat siswazah dan kedoktoran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menerusi program “Bicara Khas Bersama Menteri” terbitan RTM pada 25 Julai lepas, Maszlee memaklumkan bahawa program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) ditangguhkan.

Jelasnya, program tersebut ditangguh kerana kerajaan sebelum ini meninggalkan hutang yang begitu banyak.

Tambah Maszlee, peruntukkan besar RM612 juta bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi serta keadaan ekonomi semasa.

“Saya cakap ditangguhkan kerana kelulusan bukan di pihak kami. Kalau di pihak kami, kami ingin semua pihak dapat belajar tapi pemberian wang itu bergantung kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Justeru Maszlee menegaskan pihaknya tidak akan melupakan 10,000 penerima yang akan melanjutkan program MyBrain ini. - BERNAMA