Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Desa Rimbunan Kaseh (DRK) itu merupakan inisiatif bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta bertujuan merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dengan komuniti tempatan.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad.

Ismail berkata, program tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan komuniti dengan pelajar universiti di desa ini.

Aktiviti kali ini mendapat kerjasama penuh dari agensi-agensi kerajaan yang menjadi penghubung dalam memperkasa bidang keusahawanan bersama komuniti.

Katanya, agensi kerajaan menyediakan peluang dalam memajukan ekonomi melalui penganjuran program dan bengkel serta memperkasa peranan koperasi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuklah ahli kelab dan penduduk desa.

Pada masa yang sama, program ini juga turut mendedahkan potensi keusahawanan melalui perkongsian ilmu dalam perniagaan.

“Alhamdulillah, perancangan program yang diatur ini diharap berjalan lancar dengan bantuan semua pihak.

“Selain itu, objektif utama program ini untuk merapatkan lagi hubungan antara universiti dan masyarakat tercapai,” katanya.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Rembau, Amino Agus Suyub; Penyelia Projek Ijazah Sarjana Perniagaan (MBA), Dr. Wan Mohd. Hirwani Wan Hussain; dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Batu Hampar, Rembau, Normaliza Zainal.

Pelbagai program dan aktiviti dianjurkan antaranya ialah pertandingan mewarna, sukan rakyat dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain itu, persembahan buskers oleh kumpulan Banana Poison, di samping jualan car booth turut didakan oleh penduduk sekitar Rembau.