Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata, salah satu cabang dalam kerangka tanggungjawab sosial korporat syarikat itu adalah pendidikan dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda menerusi bidang sukan.

“Kami percaya sukan adalah aktiviti sihat yang menjadi asas kukuh untuk anak muda membina karakter dan memupuk sikap yang baik dalam mengejar kejayaan, bukan sekadar dalam sukan tetapi juga kehidupan.

“Malah kami gembira untuk melihat beberapa bekas pelajar yang pernah bermain dalam kejohanan ini, kini beraksi di peringkat kebangsaan,” katanya.

Dalam pusingan akhir itu, MCKK mempertahankan kejua­raan menewaskan Semashur de­ngan mata 25-10.

Sekolah lain yang mengambil bahagian ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Dato’ Abd Razak (SDAR), Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Sekolah Menengah Sains Selangor dan Victoria Institution (VI).

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports, Nik Anis Nik Zakaria gembira dengan peningkatan minat dan lebih banyak sekolah menyertainya.

“Kami bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kesa­tuan Ragbi Malaysia,” katanya.

Selain ragbi, Program [email protected] juga menaja pembangunan sukan-sukan lain di sekolah seperti memanah di Sekolah Kebangsaan Subang.