Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid merasmikan larian yang dibahagikan tiga ka­tegori ini iaitu A (Individu 3 kilometer, km), B (Individu 5 km) dan C (Berkumpulan 5 km).

Larian yang turut disertai Pengetua SMK Jalan Empat, Maziah Yusof ini berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Peserta larian terdiri daripada semua warga SMK Jalan Empat, sekolah dan institusi jemputan, komuniti setempat dan orang awam.

Menerusi larian ini, penganjur berharap dapat menggalakkan amalan cara hidup sihat dan mengelakkan obesiti dalam ka­lang­an pelajar serta masyarakat.

Selain itu, larian ini juga bertujuan membina semangat kerjasama dalam kalangan murid, guru, komuniti dan agensi luar seperti pihak berkuasa tempatan dan pasukan keselamatan.