Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert berkata, pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menyambung pengajian mengikut pilihan sendiri bukannya terikut-ikut de­ngan pilihan rakan atau sekadar mahu memuaskan hati ibu bapa dan keluarga sahaja.

“Buat pilihan dengan bijak untuk kejayaan pada masa depan dan Kolej Antarabangsa YPC sedia menawarkan pelbagai kursus yang menepati keperluan akademik semasa dengan tawaran biasiswa bagi yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis ini bagi meraikan 243 pelajar tingkatan 5 dan 6 yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka.

Objektif majlis adalah untuk mengiktiraf pelajar yang cemerlang, sebagai tanda penghargaan dan pendedahan awal suasana konvokesyen di institusi pengajian tinggi.

SMK Pandan Mewah merupakan sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC).

Untuk rekod, Kolej Antarabangsa YPC merupakan satu-satunya kolej swasta di negara ini yang menawarkan program pengajian dan tajaan biasiswa kepada pelajar melanjutkan pe­ngajian ke luar negara de­ngan kerjasama Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom.

Di bawah program itu, pelajar ditawarkan mengikuti pengajian asasi (Foundation Programmes) dalam pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, multimedia dan perakaunan.

Sebarang pertanyaan ber­ka­itan program pengajian dan tawaran biasiswa boleh di­ajukan kepada e-mel [email protected]