Menerusi kaedah langganan ini, Tutor akan dihantar terus ke rumah pelanggan di seluruh negara menggunakan perkhidmatan pos dengan kos RM46.20 setahun merangkumi harga 42 edisi Tutor dan kos penghantaran.

Terdapat tiga produk Tutor iaitu Tutor UPSR, Tutor PT3 dan Tutor SPM yang diterbitkan setiap Isnin dengan harga 60 sen senaskhah.

Bagi langganan individu kombinasi dua produk atau lebih, pelanggan akan diberi diskaun 20 peratus.

Sesiapa yang berminat boleh membuat langganan di kedai buku Gallery Bookstore Bangi, Selangor pada setiap hari atau di Kompleks Beli Belah Angsana, Johor Bahru pada setiap hujung minggu.

Borang langganan juga boleh dimuat turun daripada laman rasmi www.tutor.com.my/langganan.

Tutor bukan sekadar sebuah akhbar tetapi merupakan program pendidikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwim persekolahan, bermula dengan latihan topikal pada pe­ringkat awal, disulami dengan ujian sumatif, diagnostik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa.

Kandungannya diolah oleh guru cemerlang dan pakar bidang manakala mutu soalan pula dikawal selia supaya kualiti terpelihara dan mengikut format terkini selain bersesuaian dengan kehendak semasa.

Selain itu, panel khusus disediakan bagi menggubal soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menjadi elemen penting dalam sistem pendidikan masa kini.

Untuk maklumat lanjut ber­kaitan langganan, sila hu­bungi Eksekutif Pemasaran Utusan Me­layu (Malaysia) Berhad, Noor Salwa Masri (019-2153186), Norma Jamaludin (017-4609139), Zulfadli Sopian (011-26287819) dan Ismail Sidek (019-6065747).