TIMBALAN Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, langkah itu perlu kerana ia juga kaunselor juga berperanan mendidik pelajar untuk memenuhi

Dasar 60-40 iaitu 60 peratus pelajar aliran sains dan 40 peratus pelajar aliran sastera.

"Kementerian menggalakkan lebih ramai agensi berusaha membentuk kaunselor supaya mereka dapat membantu pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi memilih jurusan yang tepat.

"Kita juga mahu kaunselor ini memainkan peranan memaklumkan kepada pelajar bahawa bidang Sains bukanlah sesuatu yang amat sukar bagi mereka dan ini secara tidak langsung dapat merealisasikan Dasar 60-40," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Transformasi Kaunselor Pendidikan anjuran Persatuan Pembangunan Pendidikan Bumiputera Malaysia (Mybeda) di Kampung Seri Tanjung di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu, Mybeda yang melantik sebanyak 25 kaunselor untuk mewujudkan misi '1 Daerah 1 Kaunselor' menerima bantuan berjumlah kira-kira RM65 juta bagi membantu ribuan pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.

Bantuan itu diterima daripada tiga agensi iaitu Kolej Universiti Geomatika, Kolej Koperasi Polis Malaysia (Unikop) dan EIPT Malaysia Berhad. - UTUSAN ONLINE