Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kursus Perancangan Strategik YPC tingkat pengetahuan Ketua Panitia

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur (PPWBPKL) menganjurkan kursus Pengurusan Perancangan Strategik melibatkan 160 orang Ketua Panitia subjek teras sekolah rendah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pengetahuan mengenai perancangan strategik penting kepada ketua panitia kerana mereka merupakan pemimpin pelapis di sekolah yang terlibat secara langsung membantu menyediakan pelan pembangunan kurikulum untuk jangka pendek atau jangka panjang.

“Usaha ini diyakini dapat membantu Kementerian Pendidikan meningkatkan tahap profesionalisme guru selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,“ katanya.

Kursus ini dipimpin oleh Penyelia Kanan, Unit Jaminan Kualiti PPWBPKL, Rosnani Md Pungot.

Menurut Rosnani, YPC telah melaksanakan tanggungjawab sosial yang tepat pada masanya kerana kumpulan Ketua Panitia di pe­ringkat rendah memang sangat memerlukan pendedahan seperti ini.

“Kumpulan guru ini amat beruntung kerana ada pertubuh­an bukan kerajaan seperti YPC yang sentiasa prihatin dan nampak akan keperluan serta kepen­tingan pengetahuan perancangan strategik tersebut.

“Kami harap akan diteruskan pada tahun 2016 agar kumpulan guru yang lain berpeluang mengikuti kursus ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain